Carian
Nubia V18 Dilancarkan Dengan Bateri Sebesar 4000 mAh
March 23, 2018 Effi Saharudin

Nubia ialah jenama yang mula bertapak di Malaysia sejak tahun lalu. Pengeluar dari China ini telah melancarkan telefon terkini mereka Nubia V18 dan ia sebuah lagi peranti kelas pertengahan. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 625, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, kad mikro-SD sebesar 128GB disokong.

Kamera utama adalah sebesar 13-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Paling menarik mengenai Nubia V18 pada hemat kami ialah bateri bersaiz 4000 mAh. Ini ialah kapasiti yang amat besar bagi peranti di dalam kelasnya.

Terdapat pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang peranti. Seperti majoriti peranti Android semasa, V18 turut mempunyai sistem imbasan nyah-kunci menggunakan wajah. Sistem operasi Android 7.1 digunakan dengan pelancar Nubia UI 5.1. Peranti ini dijual pada harga RMB 1299 (~RM 802) sebuah.

Komen