Cari @ Amanz

Paparan skrin beresolusi 4K bukanlah sesuatu yang baru, akan tetapi kebanyakan daripadanya hadir dengan kadar segar semula 30 ataupun 60FPS. Ini bukanlah satu masalah yang besar kerana kebanyakan kad-kad grafik arus utama sekarang tidak mampu menggerakkan grafik lebih tinggi daripada 4K60.

NVIDIA baru-baru ini hadir dengan satu kenyataan dimana paparan skrin 4K dengan kadar segar semula 144Hz akan hadir di pasaran tidak lama lagi, Lebih menarik lagi, NVIDIA juga menyatakan beberapa spesifikasi yang menarik untuk paparan-paparan ini, seperti tahap kecerahan 1000 nit, 384 zona pencahayaan belakang LED, sokongan untuk HDR10 dan lingkungan gamut warna DCP-3yang biasa digunakan untuk mengedit filem, disamping sokongan untuk NVIDIA GSYNC.

Jenama-jenama pembuat paparan yang dapat dikenalpasti yang akan hadir dengan teknologi-teknologi baru ini termasuklah Acer dan ASUS melalui paparan skrin Acer Predator X27 yang diperkenalkan di acara Acer GPC dan ASUS ROG P27UQ di acara Computex Taipei pada tahun lepas.

Pembuatan paparan-paparan ini juga boleh dikatakan satu cabaran kerana panel AHVA yang diperlukan untuk membinanya agak terhad, manakala dari segi harga pula, kebarangkalian besar bahawa paparan-paparan ini adalah untuk yang mempunyai wang yang boleh dibuang begitu sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd