Google Change The Game – Design Challenge Menggalakkan Pembangun Wanita Membina Permua

Google Change The Game – Design Challenge Menggalakkan Pembangun Wanita Membina Permua

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Apabila bercakap mengenai permainan video ataupun pembangunan aplikasi, majoritinya adalah lelaki dan apabila perempuan terlibat ramai yang tidak akan percaya ataupun memandang rendah.

Pada Disember 2017, Google melancarkan “Change The Game” untuk menggalakkan pembangun perempuan membina permua. Bersempena dengan Girls Make Games and the Entertainment Software Association (ESA) Foundation, Google memperkenalkan satu cabaran dalam program “Change The Game” yang diberi nama “Design Challenge“.

Penyertaan ini terbuka untuk pembangun wanita dan antara cabarannya ialah menghantar idea, butiran, jalan cerita ataupun lakaran kepada Google. Mereka juga dikehendaki menulis 100 patah perkataan ayat mengenai mengapa mereka ingin membina permua dan apa yang mereka ingin lihat pada permua di masa hadapan.

Antara hadiah yang ditawarkan Google untuk cabaran ini adalah Lawatan VIP ke Las Vegas, penampilan khas dalam acara E3 bahagian Pemain Video Wanita, lawatan ke pejabat LA Google, $10,000 (~RM39,175) dan banyak lagi.

Menurut Google hanya terdapat 27.8% wanita terlibat di dalam industri permainan video dan hanya 23% daripada jumlah itu yang merasakan mereka dilayan dengan adil. Dengan cabaran dan program ini, Google mengharapkan lebih ramai perempuan akan terlibat dalam industri ini.


TIPS & ULASAN