Sebilangan Pengguna Samsung Galaxy S9 Melaporkan Masalah Skrin Tidak Mengesan Sentuhan
Effi Saharudin
Telefon pintar kini semakin kompleks dengan pelbagai teknologi baru digunakan. Tetapi di akhir hari perkara asas seperti melakukan panggilan telefon dan berinteraksi dengan skrin adalah yang paling penting di dalam senarai fungsi. Bagi sesetengah pengguna Samsung Galaxy S9, telefon baru mereka didapati gagal melakukan perkara asas dengan baik.
Sebahagian skrin didapati tidak mengesan sentuhan pengguna. Masalah Dead Zone ini berlaku secara rawak menyebabkan peranti tidak boleh digunakan dengan lancar. Antara penyelesaian yang boleh dilakukan ialah meningkatkan tahap kepekaan sentuhan menerusi Glove Mode dan melakukan tetapan semula peranti. Walaubagaimanapun masalah ini masih berterusan bagi sesetengah pengguna.
Jika ini berlaku kepada anda, mungkin ada baiknya jika peranti dipulangkan semula. Pihak Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini.
Sumber Forum Samsung , 9to5Google
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.