Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Storan 512GB

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Storan 512GB

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Huawei bakal memperkenalkan Huawei P20 secara rasminya minggu hadapan, dimana beberapa info berkenaan peranti telah pun tertiris – termasuk mengatakan ia bakal hadir dengan kamera 40-megapixel bersama-sama dengannya.

Kini, selain daripada bahagian kamera, info baru terturus melalui laman TENAA, menyenaraikan yang mana Huawei bakal hadir dengan sebuah telefon pintar baru menggunakan storan 512GB.

Ia tidak diketahui lagi sama ada storan 512GB ini akan digunakan pada Huawei P20 (atau variasi Porsche Design), atau pihak Huawei mempunyai perancangan peranti lain yang berbeza untuk menggunakan storan ini.

Sekiranya benar Huawei P20 yang hadir dengan storan 512GB ini, sekaligus ia akan menjadikan telefon pintar berkenaan antara terawal menggunakan storan sebesar berkenaan pada telefon pintar. Samsung sendiri telah mengumumkan penawaran storan 512GB pada penghujung tahun lepas, dan kita mungkin akan melihat lebih banyak peranti dengan storan 512GB ini hadir ke pasaran pada tahun ini.


TIPS & ULASAN