Cari @ Amanz

Tahukah anda Oppo adalah sebuah syarikat audio berkualiti tinggi sebelum memasuki arena penghasilan peranti pintar pada tahun 2008. Tahun lalu mereka adalah pengeluar peranti ke-empat terbesar di belakang Samsung, Apple dan Huawei. Peranti mereka mementingkan kemampuan swafoto. Tetapi di masa hadapan mereka akan turut dikenali sebagai peranti dengan kemampuan audio yang baik.

Oppo PM-3Dolby Laboratories hari ini mengumumkan persetujuan melesenkan teknologi High-Efficiency Advanced Audio Coding (HE AAC), JPEG-HDR dan teknologi audio visual yang lain kepada Oppo. Dengan penggunaan HE AAC, audio yang lebih baik dapat dinikmati walaupun pada bitrate yang rendah. JPEG-HDR pula menyimpan kesemua maklumat gambar bagi memudahkan proses melakukan suntingan pasca gambar diambil.

Mungkin selepas ini Oppo boleh kembali menjual fon kepala berprestasi tinggi seperti Oppo PM-3 Closed-Back Planar Magnetic Headphones yang dijual pada tahun 2015.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd