GoPro Terbuka Untuk Melesenkan Teknologi Kamera Mereka Kepada Syarikat Lain

GoPro Terbuka Untuk Melesenkan Teknologi Kamera Mereka Kepada Syarikat Lain

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Pada awal tahun ini, kami ada melaporkan bahawa syarikat GoPro terbuka untuk menjual syarikat mereka kepada mana-mana syarikat lain yang berminat untuk membelinya.

Buat masa ini, boleh dikatakan tidak ada begitu banyak syarikat yang ingin membelinya pada harga yang diminta, jadi nampaknya GoPro dilihat bakal menggunakan cara lain untuk mendapatkan wang, terutama sekali apabila

Idea terbaru GoPro ialah untuk melesenkan teknologi lensa dan kamera mereka kepada syarikat-syarikat lain yang memerlukan teknologi tersebut untuk peranti-peranti mereka, seperti kamera dashboard untuk kereta, bodycam dan sebagainya.

Baru-baru ini, GoPro dilihat telah menandatangi perjanjian perlesenan dengan sebuah syarikat bernama Jabil yang hadir dengan peranti kamera untuk pelbagai jenis kegunaan, termasuklah kereta swapandu, persidangan video, penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain lagi.

Menurut laporan TechCrunch, perlesenan teknologi ini tidak akan dipanjangkan kepada syarikat-syarikat pesaing yang lain, tetapi dengan pelan baru ini, GoPro mungkin boleh kekal bersaing, disamping memberi peluang untuk syarikat-syarikat lain yang hadir dengan peranti yang menggunakan kamera untuk mengurangkan perbelanjaan dari segi R&D.


TIPS & ULASAN