Apple Dijangka Memperkenalkan iPad Berharga Rendah Pada Minggu Hadapan

Apple Dijangka Memperkenalkan iPad Berharga Rendah Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Apple sebelum ini telah menghantar jemputan media antarabangsa untuk sebuah acara pelancaran memfokuskan pendidikan pada minggu hadapan, 27 Mac. Lanjutan daripadanya, kini Bloomberg melaporkan yang mana, mengikut sumber-sumber terdekat, Apple dijangka memperkenalkan iPad pada harga rendah dan ditujukan untuk pendidikan pada minggu hadapan.

iPad baru ini akan ditujukan untuk pasaran pendidikan, selain Apple turut akan memperlihatkan sejumlah penawaran perisian yang disediakan oleh gergasi internet berkenaan untuk digunakan di sekolah.

Selain iPad, Apple turut dikatakan sedang membangunkan MacBook berharga rendah, tetapi ia mungkin tidak akan hadir pada minggu hadapan.

Kita mungkin akan melihat penawaran Apple sepenuhnya secara rasminya pada minggu hadapan, sekaligus melihat apakah lagi kejutan yang disediakan oleh gergasi perkomputeran berkenaan untuk arena pendidikan.


TIPS & ULASAN