Samsung Galaxy J7 Prime 2 Dilancarkan Di India Dengan Sokongan Samsung Pay Mini

Samsung Galaxy J7 Prime 2 Dilancarkan Di India Dengan Sokongan Samsung Pay Mini

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Samsung Galaxy J7 Prime 2 dilancarkan secara senyap untuk pasaran India hari ini. Ia sebuah peranti kelas permulaan yang menggunakan rekaan skrin 16:9, tubuh yang diperbuat daripada logam dan menggunakan sistem operasi Android Nougat.

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy J7 Prime 2 dilengkapi skrin 5.5″ TFT HD penuh, dijana pemproses Exynos 7870 , memori sebesar 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 13-Megapixe f/1.9, kamera hadapan 13-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3300 mAh.

Terdapat sokongan untuk Samsung Pay Mini dan pengimbas cap jari terbina pada butang home. Di India peranti ini dijual pada harga INR 13,990 (~RM 843) dengan pilihan warna hitam dan emas.


TIPS & ULASAN