Cari @ Amanz

Spotify sebelum ini telah mula memerangi para pengguna yang menggunakan perkhidmatan Spotify dengan mengelak paparan iklan melalui aplikasi yang diubah-suai – sekaligus merugikan pendapatan syarikat berkenaan. Berkongsi lanjut mengenainya hari ini, Spotify mengatakan sekitar 2 juta pengguna menggunakan aplikasi yang diubah-suai ini.

Spotify sedia menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma, tetapi ia hadir dengan sokongan pengiklanan. Namun, terdapat beberapa pengguna yang menggunakan aplikasi atau akaun yang diubah-suai – sekaligus mengelak paparan iklan, dan menggunakannya seumpama akaun Spotify Premium.

Penggunaan ini sekaligus merugikan pihak Spotify dalam menjana pendapatan, dimana sebahagian daripadanya dibayar kepada artis dan penerbit lagu. Pihak Spotify sebelum ini telah mula menghantar emel kepada pengguna yang “melanun” perkhidmatan Spotify ini, dan memberikan amaran kepada mereka sama ada beralih kepada Spotify percuma, atau melanggan Spotify Premium secara sah.

Spotify mempunyai sekitar 157 juta pengguna aktif diseluruh dunia, dan 86 juta pengguna daripadanya adalah pengguna tidak berbayar. Spotify kini sedang dalam proses penyenaraian awam syarikat mereka, sekaligus berkongsi pelbagai metrik dan kiraan berkaitan dengan syarikat mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd