Xiaomi Melancarkan Fon Telinga Dengan Sokongan Audio Beresolusi Tinggi

Xiaomi Melancarkan Fon Telinga Dengan Sokongan Audio Beresolusi Tinggi

Diterbitkan pada Mac 25, 2018 oleh .

Skrin peranti kini sudah ada yang mencecah resolusi 4K. Dengan skrin seperti ini video dan gambar yang dilihat pada peranti kelihatan lebih tajam. Sokongan audio beresolusi tinggi juga kini meningkat terutamanya pada peranti kelas utama tetapi aksesori audio yang menyokongnya dijual pada harga agak mahal.

Minggu lalu Xiaomi melancarkan fon telinga terbaru mereka yang menyokong audio beresolusi tinggi. Rekaan fon telinga ini menyerupai sebuah Apple Earpods. Seperti Earpods, terdapat dua kekisi audio dengan satu menghala ke dalam telinga dan satu lagi ke belakang. Terdapat butang kawalan audio terbina pada wayar fon telinga ini. Xiaomi menjual fon telinga ini pada harga RMB 69 (~RM 43) dengan pilihan warna hitam dan putih.


TIPS & ULASAN