Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai penjualan perniagaan Uber di Asia Tenggara kepada pihak Grab telah kedengaran sejak beberapa minggu yang lepas. Kini, Bloomberg melaporkan hal ini akan diumumkan oleh pihak Uber dan Grab seawal Isnin ini.

Uber dijangka menjual keseluruhan perniagaan mereka di rantau Asia Tenggara kepada pihak Grab. Sebagai ganti, Uber dijangka akan menerima pegangan sebanyak 25% ke 30% pada syarikat gabungan baru berkenaan.

Selain perkhidmatan tempahan pengangkutan, Uber juga dijangka akan melepaskan Uber Eats kepada pihak Grab.

UberEatsKL

Uber dan Grab boleh dikatakan bersaing dengan sengit dirantau Asia Tenggara, dan dengan penyatuan ini, mereka seterusnya boleh memfokuskan kepada menjana keuntungan dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai gabungan ini, termasuk bagaimanakah jenama Uber dan Grab akan beroperasi selepas ini untuk pasaran tempatan dan Asia Tenggara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd