Western Digital Memperkenalkan Peranti Storan Padat G-Speed Shuttle – Hadir Dengan Storan Sebesar 48TB

Western Digital Memperkenalkan Peranti Storan Padat G-Speed Shuttle – Hadir Dengan Storan Sebesar 48TB

Diterbitkan pada Mac 26, 2018 oleh .

Jika anda seorang pereka digital ataupun jurugambar profesional yang sering kesini dan kesana untuk tugasan, salah satu masalah terbesar yang golongan ini akan alami ialah kekurangan storan digital untuk mereka simpan fail-fail tugasan mereka yang kadang kala boleh dikatakan bersaiz besar.

Western Digital, pembuat storan digital yang terkemuka baru-baru ini memperkenalkan storan digital terbaru mereka, iaitu WD G-Speed Shuttle, sebuah storan digital bersaiz kotak kecil yang hadir dengan pilihan storan 16TB sehingga 48TB.

Peranti G-Speed Shuttle ini hadir dengan empat ruangan storan untuk cakera keras untuk jumlah storan yang cukup besar, dan dipadankan dengan sokongan untuk sambungan Thunderbolt 3.0 yang menjanjikan kelajuan storan 1,000MB/s yang membolehkan pengguna untuk memindah dan menggunakan fail-fail yang besar, seperti rakaman video 4K dan 8K dengan cepat dan mudah.

Menurut Western Digital, peranti storan G-Speed Shuttle ini hadir dengan pilihan storan 16TB, 24TB, 32TB dan 48TB, dan kini hadir di Malaysia pada harga-harga berikut:

  • WD G-Speed Shuttle 16TB – RM8,000
  • WD G-Speed Shuttle 24TB – RM9,875
  • WD G-Speed Shuttle 32TB – RM11,635
  • WD G-Speed Shuttle 48TB – RM15,790

TIPS & ULASAN