Mesin parkir automatik bukanlah sesuatu yang baru. Kebiasaannya mesin-mesin ini memudahkan pengguna mendapatkan kawasan parkir dengan mudah dan cepat tanpa perlu berpusing-pusing untuk mencarinya.
Terkini, Ford dan Alibaba dilihat bekerjasama untuk memperkenalkan mesin menguji dan membeli kereta di Guangzhou, China yang dinamakan Super Test-Drive Center yang memadankan konsep ini bersama-sama dengan aplikasi TMall mereka.
Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh menguji kereta-kereta Ford ini untuk tiga hari, dan juga boleh membeli kereta-kereta tersebut kemudian.
Lebih menarik lagi, perkhidmatan ini dikatakan akan memberi pembeli diskaun dan insentif untuk membeli kereta-kereta ini berdasarkan penggunaan ekosistem Alibaba di China.