Kemaskini MIUI 9.5 Menyebabkan Masalah Bateri Cepat Habis

Kemaskini MIUI 9.5 Menyebabkan Masalah Bateri Cepat Habis

Diterbitkan pada Mac 26, 2018 oleh .

Minggu lepas kami laporkan sebanyak 30 peranti Xiaomi akan menerima kemaskini MIUI 9.5. Kemaskini baru ini memberi ciri seakan Android Oreo seperti sokongan membalas mesej daripada talam notifikasi, pembaharuan pada antaramuka, kemudahan untuk melihat pelbagai info tambahan terus melalui panel notifikasi, dan sejumlah ciri-ciri baru yang lain.

Sejumlah pengguna yang sudah menerima kemaskini ini melaporkan mempunyai masalah yang serius kehabisan bateri yang cepat. Selain itu, pengguna juga tidak menerima sebarang notifikasi penggera yang sudah ditetapkan dan juga notifikasi daripada aplikasi permesejan WeChat.

Menurut Xiaomi, langkah sementara untuk membaiki isu ini adalah dengan mematikan perkhidmatan utama Google yang berjalan di latar seperti Google Framework dan semua aplikasi Google Mobile Services. Isu ini akan menyebabkan peranti Xiaomi tidak akan berfungsi sepenuhnya dan Xiaomi juga telah berhubung dengan Google akan isu ini.


TIPS & ULASAN