Cari @ Amanz

Dengan penjualan operasi mereka di Asia Tenggara kepada Grab hari ini, pasti ramai pengguna dan pemandu Uber tertanya-tanya tentang masa hadapan mereka. Laman Grab hari ini mengesahkan aplikasi Uber hanya akan beroperasi sehingga 8 April hadapan di keseluruhan Asia Tenggara.

Bagi pelanggan, mereka perlu membuka akaun baru untuk menggunakan perkhidmatan Grab. Semua maklumat yang dikongsi dengan Uber akan dikongsi dengan Grab kecuali maklumat pembayaran.

Bagi pemandu pula, akaun juga akan beroperasi sehingga 8 April. Mereka  boleh memandu sehingga tarikh tersebut. Walaubagaimanapun mereka perlu mendaftar kepada Grab secepat mungkin bagi memudahkan perpindahan ke platform baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd