Cari @ Amanz

Pengambil-alihan Uber oleh Grab di rantau Asia Tenggara menandakan kali ketiga syarikat perkongsian kenderaan dari Amerika Syarikat tersebut keluar dari pasaran rantau selepas China dan Russia.

Penyatuan pasaran oleh syarikat-syarikat seperti Didi Chuxing dan Grab melahirkan persoalan di kalangan para pekerja Uber yang musykil jika syarikat tersebut akan melakukan perkara yang sama di pasaran-pasaran lain, terutamanya di rantau Amerika dan Eropah dimana Uber dilihat sedang beroperasi juga.

Dara Khosrowshahi, CEO Uber melalui sebuah kenyataan menyatakan bahawa penyerahan perkhidmatan Uber kepada Grab di Asia Tenggara adalah kali terakhir syarikat tersebut akan menjual perniagaan mereka kepada syarikat pesaing yang lain.

It is fair to ask whether consolidation is now the strategy of the day, given this is the third deal of its kind, from China to Russia and now Southeast Asia. The answer is no.

One of the potential dangers of our global strategy is that we take on too many battles across too many fronts and with too many competitors. This transaction now puts us in a position to compete with real focus and weight in the core markets where we operate, while giving us valuable and growing equity stakes in a number of big and important markets where we don’t.

Menurut Khosrowshahi, pengembangan syarikat tersebut di pasaran-pasaran seperti China dan Asia Tenggara dilihat sebagai sesuatu yang cukup sukar untuk mereka kerana pesaing-pesaing seperti Didi Chuxing dan Grab yang hanya memfokus di rantau-rantau tersebut.

Beliau juga berkata lagi bahawa dengan pengambil-alihan tersebut, Uber kini akhirnya boleh memfokuskan perniagaan mereka di rantau-rantau utama mereka seperti Amerika dan juga Eropah.

Pengambil-alihan Uber oleh Grab di rantau Asia Tenggara akhirnya disahkan pagi ini. Uber memberi perniagaan mereka untuk pegangan sebanyak 27.5 peratus didalam Grab, sekaligus menjadikan Grab syarikat perkongsian kenderaan yang terbesar di Asia Tenggara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd