Carian
Vivo V9 Kini Hadir Di Pasaran Malaysia – Telefon Pintar Skrin Nirbingkai Bertakuk Pada Harga RM1399
March 26, 2018 Syafia Hani

Hari ini Vivo, pembuat peranti pintar mampu milik yang terkemuka memperkenalkan peranti terbaru mereka, Vivo V9. Telefon pintar terbaru ini hadir dengan dengan bateri 3260mAh, dan dilengkapi dengan ruangan mikro-SD dan juga bicu audio. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama antaramuka khusus Vivo iaitu Funtouch.

Dari segi paparan pula, peranti ini hadir dengan skrin LCD 6.3 inci dengan paparan resolusi 2280X1080 pixel pada nisbah 19:9. Telefon pintar dengan rekaan skrin bertakuk dihadapan ini juga dijana cip Qualcomm Snapdragon 626 dengan memori 4GB RAM dan storan 64GB.

Pada bahagian kamera pula, peranti ini dilengkapi dengan dwi kamera yang menggabungkan sensor 16-megapixel dan 5-megapixel dibelakang peranti. Untuk kamera hadapan pula, ia dilengkapi dengan kamera 24 megapixel. Antara ciri menarik yang terbina untuk peranti ini adalah ciri AI Face Beauty dengan sokongan kecerdasan buatan bagi menghasilkan rakaman wajah yang lebih cantik.

Peranti ini kini boleh dipratempah pada harga RM1399 di pengedar-pengedar yang disahkan dan juga kedai atas talian seperti Lazada dan DirectD. Pada masa ini, Vivo tidak mengumumkan lagi bilakah telefon pintar Vivo V9 ini akan hadir di pasaran, tetapi menurut laman web DirectD, peranti-peranti Vivo V9 yang dipra-tempah melalui mereka boleh diambil pada 31 Mac 2018.

Komen