Empat Gaming Laptop OMEN Yang Perlu Gamer Tahu
HP

Empat Gaming Laptop OMEN Yang Perlu Gamer Tahu

Diterbitkan pada Apr 6, 2018 oleh .

Bagi mereka yang gemar bermain permainan video, mempunyai satu komputer riba khas untuk permainan video adalah satu keperluan.  Hal ini kerana, untuk bermain permainan video dengan baik tanpa ada sebarang masalah sela masa, spesifikasi yang baik dan grafik yang tinggi adalah salah satu ciri yang perlu ada untuk gaming laptop. Salah satu jenama yang selalu kita dengar adalah komputer riba keluaran HP iaitu OMEN.

OMEN by HP Laptop 17-an023tx

Untuk komputer riba siri ini, ia berjalan dengan terbinanya cip pemprosesan Intel Core i7-7700HQ generasi ke-7, bersama sama dengan memori jenis DDR4-2400 SDRAM sebanyak 16GB dengan cakera keras 1TB. Komputer riba ini juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 bersama memori GDDR5 sebanyak 8GB. Dari segi paparannya pula, ia hadir dengan paparan skrin IPS 17.3 inci yang mempunyai resolusi Full HD (1920X1080). Paparan besar ini juga hadir dengan kadar segar semula 120Hz. Dari segi kelengkapan I/O, komputer riba siri ini hadir dengan jumlah port yang cukup dimana ia mempunyai tiga port USB 3.1 Gen 1, sebuah port HDMI, sebuah port RJ-45 untuk sambungan Internet berwayar. Peranti seberat 3.78kg ini menggunakan sistem operasi Windows 10 dan boleh didapati pada harga RM8899 bersama jaminan selama 2 tahun.

Beli: OMEN by HP Laptop 17-an023tx

OMEN by HP Laptop 15-ce031tx

Komputer riba siri ini pula dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7700HQ generasi ke-7 dengan sistem operasi Windows 10 Home Single Language 64. Komputer riba ini hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci  diagonal FHD IPS anti-glare WLED-backlit dengan resolusi Full HD 1920X1080 pixel serta menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan memori GDDR5 4GB. Paparan ini juga mempunyai kadar segar semula 60Hz yang cukup baik untuk bermain permainan komputer dengan lancar. Dari segi I/O pula, ia mempunyai sebuah port USB 3.1 Type C dan 3 port UBS Gen 1. Selain dari itu, komputer riba ini juga mempunyai sebuah port HDMI yang boleh digunakan untuk paparan luaran dan juga sebuah pembaca kad SD untuk memudahkan pemindahan data daripada kad SD ke laptop. Komputer riba seberat 2.57kg ini mempunyai bateri 4-sel dan dikatakan mampu bertahan sehingga 11 jam 30 minit. Peranti ini juga menggabungkan SSD bersaiz 128GB dengan cakera keras 1 TB.  Pada harga RM4499 sahaja, komputer ini boleh didapati dan akan diberi jaminan selama 2 tahun.

Beli: OMEN by HP Laptop 15-ce031tx

OMEN by HP Laptop 15-ce032tx

Komputer riba ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080 pixel. komputer riba yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7-7700HQ, bersama memori DDR4-2400 SDRAM sebanyak 4GB dengan storan cakera keras 1TB. Untuk memperkasakan bahagian grafik komputer riba ini, HP memuatkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050 yang hadir dengan memori GDDR5 sebesar 4GB. Dari segi I/0 pula, komputer riba ini hadir dengan sebuah port USB 3.1 Type C, tiga buah port USB 3.1 Gen 1 bersama sebuah port HDMI dan juga sebuah pembaca kad SD. Untuk pembelian komputer riba yang menggunakan sistem operasi Windows 10 Home Single Language 64 ini, ia boleh dibeli pada harga RM 4,099 dan diberi jaminan selama 2 tahun.

Beli: OMEN by HP Laptop 15-ce032tx

OMEN by HP Laptop 15-ce030tx

Komputer riba yang berukuran 15.6 inci ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7-7700HP generasi ke-7 bersama sama memori DDR4-2400 SDRAM sebesar 8GB dan 1TB cakera keras. Dari segi grafik, komputer riba ini menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050 Ti dengan memori 4GB GDDR5 dan kadar segar semulanya adalah pada 120Hz. Dari segi port I/O pula, komputer riba ini hadir dengan sebuah port USB 3.1 Type C, tiga buah USB 3.1 Gen 1 bersama sebuah port HDMI. Sistem operasi yang digunakan pula adalah Windows 10 dan menggunakan bateri 4 sel dan mampu bertahan selama 11 jam 30 minit. Untuk pembelian komputer ribayang berharga RM5299 ini, jaminan selama dua tahun akan diberikan kepada pengguna.

Beli: OMEN by HP Laptop 15-ce030tx


Kesimpulannya, komputer riba OMEN keluaran HP ini sangatlah berpatutan untuk dibeli kerana kesemuanya mempunyai spesifikasi yang tinggi dan sekiranya anda seorang pemain permainan video yang tegar, harga komputer riba ini bukanlah menjadi satu masalah kerana prestasinya yang baik. Keempat-empat komputer riba ini kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh Malaysia.

Beli: Laptop Gaming HP Omen

Penafian: Advertorial dari HP Malaysia


TIPS & ULASAN