HTC Mungkin Hadir Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Melalui HTC U12 Life
HTC

HTC Mungkin Hadir Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Melalui HTC U12 Life

Diterbitkan pada Mac 26, 2018 oleh .

Sejumlah pengeluar peranti telah hadir dengan telefon pintar menggunakan rekaan skrin bertakuk sejak ia dipopularkan oleh iPhone X. Kini, pihak HTC turut dilihat tidak ingin ketinggalan. Menurut @evleaks, HTC mungkin akan hadir dengan peranti menggunakan rekaan skrin bertakuk melalui HTC U12 Life kelak.

Rekaan skrin bertakuk digunakan dengan hadirnya peranti yang menggunakan rekaan nirbingkai menyeluruh, dan bahagian takuk diletakkan dengan pelbagai sensor. Namun, terdapat beberapa pengeluar peranti yang mengabaikan konsep ini, dan menyertakan takuk walaupun peranti mereka tidak mempunyai rekaan nirbingkai sepenuhnya, serta mempunyai ruangan untuk meletakkan sensor.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah rekaan HTC U12 Life ini kelak. Adakah HTC akan menawarkan peranti berspesifikasi pertengahan ini dengan fokus pada takuk semata-mata, atau mereka akan melakukan sesuatu perubahan menarik melalui peranti bertakuk mereka ini kelak?


TIPS & ULASAN