ASUS Malaysia Mengumumkan Penurunan Harga Untuk Beberapa Laptop Gaming Siri ROG

ASUS Malaysia Mengumumkan Penurunan Harga Untuk Beberapa Laptop Gaming Siri ROG

Diterbitkan pada Mac 26, 2018 oleh .

ASUS Malaysia baru-baru ini mengumumkan kehadiran jam tangan ASUS ROG x G-Shock melalui pembelian laptop-laptop jenama ROG mereka yang hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan dan atasan mereka.

Hari ini, ASUS Malaysia membuat pengumuman bahawa mereka akan menurunkan harga beberapa laptop ini untuk menarik minat mereka yang di atas pagar dan masih belum membuat keputusan untuk membeli laptop-laptop ini.

Model-model laptop yang dilihat bakal menerima penurunan harga ini termasuklah dua model ASUS ROG STRIX Scar Edition, iaitu GL703V-MEE246T dan GL503V-MED311T yang hadir dengan CPU Intel Core i7 generasi ketujuh, storan SSD dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060.

Laptop-laptop tersebut kini hadir dengan penurunan harga sebanyak RM1000, dan harga baru model ini adalah seperti berikut:

  • ASUS ROG STRIX Scar Edition GL703V-MEE246T – RM6899
  • ASUS ROG STRIX Scar Edition  GL503V-MED311T – RM6399

Laptop-laptop siri ASUS FX503 juga dilihat menerima penurunan harga melalui rebat tunai sehingga RM200 untuk setiap pembelian laptop-laptop ini. Model-model laptop dalam siri ini hadir dengan CPU Intel Core i7/i5 generasi ketujuh, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dan juga pilihan storan cakera keras ataupun SSD.

  • ASUS FX503V-ME4118T – RM5599
  • ASUS FX503V-DE4339T – RM4099
  • ASUS FX503V-DE4258T – RM3899
  • ASUS FX503V-DDM175T  (Intel Core i5) – RM3399

Menurut gambar promosi yang ditunjuk oleh ASUS Malaysia, promosi ini akan berlangsung dari sekarang sehingga stok-stok untuk laptop ini habis, ataupun sehingga kesemua jam tangan ASUS ROG x G-Shock habis di pasaran.


TIPS & ULASAN