BMW Dilaporkan Akan Menawarkan Perkhidmatan Langganan Kereta

BMW Dilaporkan Akan Menawarkan Perkhidmatan Langganan Kereta

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

Melanggan kepada perkhidmatan penstriman video dan muzik kini dianggar perkara biasa. Malahan memiliki cakera padat kini dianggap aneh kerana ia jauh lebih mahal berbanding langganan bulanan. Generasi semasa mempunyai idea yang berbeza tentang pemilikan harta. Oleh itu tidak mengejutkan perkhidmatan langganan kereta pula akan ditawarkan seterusnya.

BMW 3-Series 2015Menurut laporan Bloomberg, BMW akan melancarkan perkhidmatan langganan kereta di Nashville Amerika Syarikat pada 2 April hadapan. Perkhidmatan BWM Access ini akan membenarkan langganan kereta buatan BMW secara bulanan. Pelanggan turut boleh bertukar-tukar model kereta mengikut kehendak dengan kos penyelenggaraan dan insurans termasuk di dalam bayaran bulanan. Tiada maklumat terperinci mengenai bayaran bulanan atau kereta yang ditawarkan oleh BMW Access buat masa ini.

Adakah generasi semasa sudah bersedia untuk tidak memiliki kereta peribadi dan sebaliknya hanya melanggan seperti mereka melanggan muzik mereka?


TIPS & ULASAN