Microsoft Edge Kini Boleh Digunakan Pada Tablet Android Dan iPad

Microsoft Edge Kini Boleh Digunakan Pada Tablet Android Dan iPad

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

Microsoft sebelum ini telah menguji aplikasi pelayar web Microsoft Edge mereka untuk pengguna tablet. Selepas melalui beberapa ujian, hari ini gergasi perkomputeran berkenaan telah pun melancarkan secara rasmi pelayar web mudah-alih Microsoft Edge yang dioptimasikan untuk paparan tablet.

Microsoft Edge Tablet

Dengan pengenalan versi baru ini, ia membolehkan pengguna tablet Android dan juga iPad untuk memuat-turun dan menggunakan pelayar web Microsoft Edge ini.

Seperti ramai sedia maklum, pelayar web Microsoft Edge menawarkan ciri-ciri seperti kemudahan membaca artikel melalui Reading View, menyelarikan kata-laluan antara komputer menggunakan Roaming Passwords, dan beberapa ciri-ciri lain. Anda juga boleh melayari web pada PC, dan seterusnya menyambungnya pada peranti mudah-alih anda.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Edge ini bukan sahaja pada telefon pintar, tetapi juga pada tablet hari ini.

Muat-Turun Microsoft Edge untuk iOS

Muat-Turun Microsoft Edge untuk Android


TIPS & ULASAN