Rekaan Peranti Dipercayai Xiaomi Mi A2 Tertiris Dengan Skrin 18:9

Rekaan Peranti Dipercayai Xiaomi Mi A2 Tertiris Dengan Skrin 18:9

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

Xiaomi Mi 2S akan dilancarkan hari ini tetapi rekaan sebuah lagi peranti yang sedang dibangunkan oleh mereka telah tertiris sealam. Peranti yang dipercayai adalah Xiaomi Mi A2 ini tertiris selepas ia memasuki laman pensijilan TENAA di China.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.99 inci dengan nisbah 18:9 dan bateri sebesar 2910 mAh. Dari segi rekaan ia kelihatan sama seperti Xiaomi Redmi Note 5 yang baru sahaja dilancarkan di China baru-baru ini. Peranti ini mungkin akan dilancarkan sebagai Mi 6X di China sebagai ganti kepada Mi 5X yang kemudiannya dijenamakan semula sebai Mi A1 untuk pasaran global.


TIPS & ULASAN