Cari @ Amanz

Terdapat banyak berita pengambilalihan sejak beberapa  bulan kebelakangan ini. Hari ini Foxconn mengesahkan mereka akan mengambil alih Belkin yang terkenal sebagai pengeluar aksesori telefon pintar seperti kabel pengecas, pengecas tanpa wayar dan power bank. Foxconn membayar $886 juta (~RM 3.4 bilion) secara tunai untuk memiliki Belkin

Dengan pembelian ini, Foxconn turut mengambil alih Linksys, Wemo, dan Phyn yang merupakan jenama milik Belkin. Linksys terkenal dengan router yang dikeluarkan mereka sementara Wemo menghasilkan aksesori yang menyokong Apple HomeKit. Phyn mula menghasilkan sistem pintar mengesan kebocoran air.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd