Carian
Rekaan Motorola Moto G6 Tertiris Dijana Pemproses Snapdragon 450
March 27, 2018 Fahim Zahar

Telefon pintar Motorola dari keluarga Moto G jatuh ke dalam kategori kelas pertengahan. Mereka terkenal dengan harga yang mampu milik, spesifikasi yang baik serta mempunyai kualiti skrin yang menarik.

Baru-baru ini, Motorola Moto G6 iaitu pewaris kepada Motorola Moto G5 tertiris di laman TEENA. Mengikut maklumat yang tersenarai Moto G6 hadir dengan skrin 5.7 inci, kamera dua lensa dan bateri berkapasiti 3000mAh. Rekaan Moto G6 kali ini mempunyai kemasan kaca dwi lengkung pada panel belakang peranti.

Ura-ura sebelum ini mengatakan Moto G6 akan dijana dengan cip pemprosessan Snapdragon 450, skrin beresolusi FHD+, kamera belakang 16MP + 5MP, kamera selfie 16MP dan juga pengimbas cap jari di hadapan.

Jika siri G daripada Motorola menawarkan pada harga bawah RM1000, Moto G6 juga mungkin akan mempunyai tanda harga yang hampir sama. Seperti siri G5 sebelum ini, G6 juga mungkin akan mempunyai siri G6 Play dan G6 Plus.

Komen