Cari @ Amanz

Xiaomi MIX Mi 2S dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai model kemaskini kepada Mi MIX 2 yang dilancarkan pada tahun 2017. Rekaan yang sama  dikekalkan cuma perubahan dilakukan dari segi spesifikasi dan penggunaan sistem dwi-kamera. Ia walaubagaimanapun adalah peranti pertama Xiaomi yang menyokong pengecasan tanpa wayar dengan format Qi.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Mi MIX 2S dilengkapi skrin 5.99 inci IPS LCD dengan resolusi FHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Kamera utama sebesar 12+12 Megapixel  f/1.8+f/2.4 dipadankan dengan kamera swafoto 5-Megapixel f/2.0.

Satu sensor dengan lensa sudut lebar manakala satu lagi dengan lensa  zoom optikal 2X. Sedikit mengecewakan kamera hadapan peranti masih lagi terletak pada bahagian dagu peranti seperti model terdahulu.

Dari segi rekaan ia kelihatan seperti rekaan kamera belakang sebuah iPhone X. Kamera utama ini juga dilengkapi kamera Sony IM363 dengan sistem penstabilan OIS serta pemfokusan pantas Dual Pixel.

Sebuah bateri sebesar 3400 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 8.0 dengan pelancar MIUI 9. Masih tiada sokongan kalis air disertakan dan juga tiada lagi bicu audio 3.5mm.

Kerangka peranti diperbuat daripada aluminium dengan panel belakang yang diperbuat daripada seramik. Dua warna ditawarkan pula adalah Ceramic Black dan Ceramic White. Di China Xiami Mi MIX 2S dijual pada harga bermula dari RMB 3299 (~RM 2043) sebuah untuk model dengan 6GB RAM dan storan 64GB. Untuk model dengan 8GB RAM dan storan 256GB pula harga jualannya pula ialah RMB 3999 (~RM 2477) sebuah,

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd