Xiaomi Mi Gaming Laptop Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060 Dilancarkan

Xiaomi Mi Gaming Laptop Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060 Dilancarkan

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

Xiaomi ada melancarkan beberapa komputer riba sebelum ini tetapi kesemuanya adalah untuk kegunaan kerja. Hari ini mereka akhirnya melancarkan sebuah komputer riba yang khas untuk sesi permainan video.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 15.6 inci HD penuh, dijana pemproses Intel Core i7 7700HQ, memori 16GB RAM DDR4, storan SSD 256GB, storan HDD 1TB dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 6GB RAM. Seperti kebanyakan komputer riba gaming di pasaran, papan kekunci dengan sokongan lampu RGB turut disertakan.

Bagi memastikan komputer riba berfungsi dengan optimum, sistem penyejukan yang direka khas digunakan bagi mengelakkan pemanasan. Lima paip haba digunakan dengan tiga pada CPU dan dua pada GPU. Terdapat empat sambungan USB-A 3.0, 1 USB-C, 1 pembaca kad 3 dalam 1, satu port LAN dan satu sambungan HDMI 2.0 bersaiz besar.

Komputer riba berkuasa tinggi ini dijual pada harga RMB 8999 (RM 5568) sebuah.


TIPS & ULASAN