Carian
Selepas Facebook Dan Google, Kini Twitter Turut Menghalang Pengiklanan Kriptowang
March 28, 2018 Fahim Zahar

Facebook dan Google sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menghalang pengiklanan berkaitan kriptowang, ICO dan sebagainya pada platform mereka – dan kini Twitter turut mengikut jejak. Peraturan pengiklanan Twitter yang terbaru tidak membenarkan sebarang pengiklanan berbentuk penjualan syiling digital, kriptowang, token, ICO, atau berkaitan dengan dompet kriptowang.

Menurut Twitter juga, mereka kerap mendapat aduan dan kritikan berkenaan pengiklanan kritptowang di garis-masa Twitter. Mereka juga sudah mengemaskini polisi pengiklanan Twitter untuk menyertakan perubahan baru ini.

Langkah ini diambil oleh Twitter kerana beberapa penipuan berkaitan dengan arena ini berlaku – sekaligus memberikan kesan negatif kepada pengguna baru yang ingin menceburi arena berkenaan. Walaubagaimanapun, seperti biasa, Twitter akan memberikan sedikit kelonggaran untuk kriptowang yang sah dalam mengiklan pada platform mereka.

Komen