Pengecas Tanpa Wayar Xiaomi Dijual Pada Harga Amat Mampu Milik

Pengecas Tanpa Wayar Xiaomi Dijual Pada Harga Amat Mampu Milik

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

Sistem pengecasan tanpa wayar akhirnya disokong pada peranti Xiaomi dengan pelancaran Mi MIX 2S hari ini. Peranti dengan panel belakang yang diperbuat daripada seramik ini membolehkan ia dicas menggunakan pengecas tanpa wayar Xiaomi.

Perkara yang paling menarik mengenai pengecas tanpa wayar ini bukan sahaja ia mempunyai rekaan yang kemas, tetapi juga terletak pada harga jualannya yang amat mampu milik. Dengan harga RMB 99 (~RM 62) sebuah, pengecas ini jauh lebih murah berbanding harga jualan RM 265 sebuah untuk pengecas tanpa wayar Samsung. Ia mengecas secara tanpa wayar pada tetapan 7.5 W dan menggunakan format Qi yang disokong kesemua peranti dengan sistem pengecasan tanpa wayar semasa.


TIPS & ULASAN