Huawei FreeBuds Dilancarkan Sebagai Pesaing Kepada Apple AirPods

Huawei FreeBuds Dilancarkan Sebagai Pesaing Kepada Apple AirPods

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Di majlis pelancaran Huawei P20 semalam, terdapat banyak perbadingan dengan iPhone dilakukan. Saiz takuk yang lebih kecil serta kemampuan kamera yang lebih tinggi diperlihatkan sebagai cara menarik pengguna untuk membeli peranti terbaru keluaran Huawei ini.

Selain telefon pintar, Huawei FreeBuds turut dilancarkan. Ia adalah fon telinga tanpa wayar yang dihasilkan untuk bersaing dengan Apple AirPods. Dari segi rekaan ia mempunyai beberapa persamaan seperti tangkai memanjang tetapi dengan sambungan berbentuk earbuds ke dalam telinga. Ini memastikan sambungan yang lebih ketat kepada telinga tetapi dan juga mengurangkan gangguan audio luaran.

Seperti AirPods, FreeBuds mempunyai pengecas tanpa wayar yang merangkap tempat simpanan apabila tidak digunakan. FreeBuds boleh berfungsi sehingga 10 jam dengan sekali caj. Sepasang fon telinga tanpa wayar ini dijual pada harga €159 (~RM 765) dengan pilihan warna hitam dan putih.


TIPS & ULASAN