Google Mengambil-Alih Platform GIF Popular – Tenor

Google Mengambil-Alih Platform GIF Popular – Tenor

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Tenor merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam perkongsian GIF – terutamanya di Facebook dan beberapa platform sosial lain. Kini, Google mengumumkan yang mana mereka mengambil-alih platform GIF berkenaan.

Google Tenor

Google mengatakan dari hari ke hari, mereka melihat kepada peningkatan carian GIF pada enjin carian mereka, dan pengambil-alihan Tenor membolehkan mereka mengakses kepada sejumlah kandungan GIF dan memaparkan GIF yang sepatutnya dengan lebih baik.

Selain pada Google Search, gergasi internet berkenaan turut akan mengintegrasikan Tenor pada pelbagai produk lain, termasuk Gboard.

Buat masa ini, Tenor akan terus beroperasi sebagai jenama berasingan, dan Google mengatakan mereka akan terus melabur dalam memperkembangkan teknologi, kandungan dan rakan kerjasama API untuk Tenor.


TIPS & ULASAN