Cari @ Amanz

Apple Pencil ialah stylus pertama keluaran mereka dan hanya boleh digunakan pada iPad Pro. Kombinasi iPad Pro dan Apple Pencil yang mahal membuatkan tidak ramai mampu memilikinya. Di acara khas pagi tadi iPad generasi ke-enam dilancarkan untuk kegunaan di dalam kelas. iPad baru ini turut mempunyai sokongan stylus seakan Apple Pencil keluaran Logitech.

Logitech Crayon direka khas untuk kegunaan kanak-kanak di dalam kelas. Seperti Pencil ia mampu mengesan sudut sendeng ketika digunakan jika pengguna ingin melakar dengan garisan lebih tebal . Rekaannya mesra kanak-kanak kerana tubuhnya yang besar dan mempunyai permukaan yang rata. Ini mengelakkannya dari terjatuh apabila diletakkan di atas meja. Ia juga tahan lasak sesuai untuk kegunaan anak kecil.

Crayon mampu berfungsi selama lapan jam dengan sekali caj. Buat masa ini ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat pada harga $49 (~RM 190) sebatang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd