Cari @ Amanz

Orientasi yang terbaik ketika merakam video ialah secara mendatar. Tetapi dengan kepopularan telefon pintar, semakin ramai merakam video secara menegak. Ini juga adalah orientasi video yang digunakan di dalam Facebook Stories serta Snapchat. Apabila dimuat naik ke YouTube, video ini akan dipaparkan dengan palang hitam ada kiri dan hitam. Video tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya.

Oleh itu pemain video dengan nisbah skrin dinamik mula disokong pada aplikasi YouTube versi iOS Disember yang lalu. Hari ini fungsi yang akhirnya boleh digunakan pada aplikasi YouTube versi Android. Apabila video menegak dimainkan, pada awalnya ia akan memenuhi skrin jika peranti turut dipegang secara menegak. Apabila pengguna menatal ke bawah, sedikit demi sedikit video akan memenuhi skrin secara dinamik.

Kemaskini ini diberikan secara berperingkat dan kami sudahpun menerimanya pagi tadi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd