Carian
Ini Cara Mendaftar Peranti Yang Tidak Diiktiraf Google Bagi Mengakses GApps
March 30, 2018 Fahim Zahar

Beberapa hari yang lepas kami melaporkan Google mula menghalang akses kepada GApps (seperti Google Play Store) untuk peranti-peranti yang tidak diiktiraf oleh Android Certified. Android Certified diperkenalkan bagi memastikan peranti Android yang digunakan melepasi standard kualiti dan keselamatan.

Walaubagaimanapun, isu ini tidak akan menghentikan kewujudan Custom ROM. Ini kerana beberapa Custom ROM seperti LineageOS mengikuti garis panduan pembinaan sistem operasi Android, Compatibility Definition Document (CDD) dan ia melepasi Compatibility Test Suite (CTS). Oleh itu, tiada isu “Device is not certified by Google” dengan Custom ROM jika pembangun mengikut garis panduan yang disediakan Google.

Bagaimana jika pengguna masih tidak mempunyai akses kepada semua aplikasi Google ini? Google masih membenarkan pengguna Custom ROM dan peranti yang tidak diiktiraf ini menggunakan GApps dengan mendaftar ID peranti mereka.

  1. Cari GSF Device-ID peranti anda dengan muat turun aplikasi ‘Device ID‘.
  2. Buka aplikasi yang baru dipasang tadi dan salin kod “Google Service Framework (GSF).”
  3. Pergi ke laman ini.
  4. Masukkan kod GSF Device-ID yang anda salin tadi ke ruang “Android ID”.
  5. Kemudian tekan “Register” dan peranti yang tidak diiktiraf tadi akan disenaraikan.

Langkah ini mungkin tidak akan berhasil kepada semua peranti jika aplikasi GApps dipasang melalui fail .apk. Akan tetapi, sekiranya GApps dipasang terus kepada sistem melalui TWRP, ia pasti akan berjaya.

Alternatif lain sekiranya kesemua langkah ini tidak berjaya adalah dengan memuat turun aplikasi melalui APKMirror. Walaubagaimanapun, pengguna tidak akan dapat menikmati sebarang perkhidmatan Google pada peranti mereka.

Komen