Apple Watch Series 4 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Skrin Bersaiz Lebih Besar

Apple Watch Series 4 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Skrin Bersaiz Lebih Besar

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Apple dijangka akan memperkenalkan Apple Watch Series 4 yang dijangka hadir dengan sedikit perubahan pada rekaan berbanding generasi sebelum ini.

Penganalisa, KGI mengatakan yang mana jam tangan pintar Apple ini pada tahun ini akan menawarkan saiz skrin yang lebih besar, dan pada masa yang sama menjanjikan masa penggunaan bateri lebih lama.

Buat masa ini, Apple menawarkan dua pilihan saiz untuk jam tangan pintar mereka – iaitu 38mm dan 42mm. Berkemungkinan gergasi perkomputeran ini mengekalkan saiz yang sama – dan mungkin mengurangkan saiz bingkai untuk memperluaskan saiz skrin pada jam tangan pintar berkenaan.

Disamping itu, Apple turut dijangka menawarkan ciri-ciri pemantauan kesihatan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai jam tangan pintar ini dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang, sebelum pelancarannya yang biasa berlaku sekitar September kelak.


TIPS & ULASAN