Facebook Dikatakan Mungkin Menangguhkan Pengenalan Speaker Pintar Disebabkan Skandal Data

Facebook Dikatakan Mungkin Menangguhkan Pengenalan Speaker Pintar Disebabkan Skandal Data

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Sejak daripada minggu lepas, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah berkaitan dengan skandal data Facebook. Pihak Facebook telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya, dan ia turut secara tidak langsung memberikan kesan kepada latar masa pengenalan produk baru mereka.

Terkini, Bloomberg melaporkan yang mana gergasi media sosial berkenaan telah memilih untuk menangguhkan pengenalan speaker pintar yang dijadualkan untuk pengenalan pada bulan Mei kelak.

Sebelum ini, speaker pintar berkenaan dijangka diperkenalkan pada bulan Mei – dikatakan akan menawarkan kemudahan pembantu digital maya, ciri panggilan video, dan sejumlah ciri-ciri lain. Dengan skandal data yang menimpa Facebook hari ini, semestinya ramai yang akan berkira-kira untuk mendapatkan peranti berkenaan sekiranya dilancarkan.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan Facebook masih menyasarkan untuk memperkenalkan speaker pintar berkenaan pada tahun ini, dan pada acara Facebook F8 bulan Mei kelak, mereka dijangka akan lebih memfokuskan kepada perkongsian berkenaan perubahan penggunaan akses data dan sebagainya.


TIPS & ULASAN