Go-Jek Dijangka Memperluaskan Perkhidmatan Ke Negara Asia Tenggara Lain Pada Tahun Ini

Go-Jek Dijangka Memperluaskan Perkhidmatan Ke Negara Asia Tenggara Lain Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Dengan pengumuman penjualan perniagaan Uber kepada Grab, kini pesaing mereka di Indonesia, iaitu Go-Jek mengorak langkah untuk memperluaskan perkhidmatan ke negara Asia Tenggara yang lain.

Go-Jek merupakan perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi yang beroperasi di Indonesia – dan turut mempunyai suntikan pelaburan daripada Google dan juga Tencent. Go-Jek sedia menjadi penyedia perkhidmatan yang popular di Indonesia, dan kini mereka dilihat mengorak langkah untuk memperluaskan perkhidmatan ke negara-negara berhampiran lain – apatah lagi dengan kadar persaingan yang berkurangan disebabkan gabungan Uber dan Grab.

Go-Jek dijangka memperluaskan perkhidmatan mereka ke tiga buah negara di Asia Tenggara menjelang pertengahan tahun ini. Pengumuman negara pertama dijangka akan diumumkan dalam beberapa minggu lagi.

Ia masih tidak diketahui lagi sama ada Malaysia antara negara terawal yang menjadi sasaran Go-Jek ataupun tidak.


TIPS & ULASAN