Oppo A71k Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Oppo A71k Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Mac 28, 2018 oleh .

Oppo Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan Oppo A71 secara rasminya untuk pasaran tempatan dalam dua variasi. Kini, mereka turut memperkenalkan variasi ketiga peranti berkenaan dengan spesifikasi sedikit rendah, dinamakan Oppo A71k.

Oppo A71k

Oppo A71k hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi cip MediaTek MT6750, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Oppo A71k turut menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, dan masih menggunakan sistem operasi berasaskan Android 7.1.

Telefon pintar ini boleh didapati daripada para penjual tempatan pada harga RM599. Sebagai alternatif, anda turut boleh mendapatkan Oppo A71 dengan 3GB RAM pada harga RM699.


TIPS & ULASAN