Nvidia Memperlihatkan DRIVE Orin Komputer Swapandu Generasi Baru

Diterbitkan pada Mac 29, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nvidia sebelum sudah mempunyai sistem perkomputeran untuk kereta swapandu yang dikenali sebagai DRIVE Pegasus. Di acara GTC semalam, mereka memperlihatkan DRIVE Orin iaitu sistem perkomputeran terbaru untuk kereta swapandu. Kuasa pada DRIVE Orin ini setanding dengan dua DRIVE Pegasus yang digabungkan menjadi satu adikomputer.

Menurut Nvidia, DRIVE Pegasus sudahpun berkuasa untuk digunakan pada autonomi robotaxis tanpa sebarang kawalan oleh manusia. Manakala, DRIVE Orin pula akan mempunyai fungsi yang memfokuskan kepada integrasi pemetaan untuk swapandu.

Tiada info lanjut yang diberikan oleh Nvidia mengenai tarikh pelancaran, tetapi sampel akan mula dihantar kepada pelanggan tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami