Carian
Nvidia Memperlihatkan Kawalan Kereta Seperti Filem Black Panther
March 29, 2018 Fahim Zahar

Jika anda sudah tonton filem Black Panther, anda pasti ingat babak Shuri boleh mengawal kereta Lexus LC 500 yang berada di Korea Selatan walaupun beliau berada di Wakanda.

Hari ini di persidangan GTC, Nvidia memperlihatkan satu konsep yang hampir sama. Pemandu memakai HTC Vive sambil duduk di kokpit dengan roda stereng seolah kereta dan pada skrin dipaparkan sistem Nvidia Holodeck dengan simulasi kereta Lexus yang sama yang digunakan dalam adegan Black Panther. Pemandu tersebut mengawal kereta Ford Fushion yang berada di luar lokasi persidangan tersebut.

Walaupun kawalan yang dipersembahkan hanya yang asas ia kelihatan stabil. Pemandu itu hanya mengawal kereta dengan kawalan realiti maya dan kereta Ford Fusion  yang digunakan beroperasi tanpa masalah.

Akan tetapi, Nvidia tidak memaklumkan sistem yang digunakan untuk Ford Fusion tersebut sama ada DRIVE Pegasus ataupun ujian terhadap DRIVE Orin mereka yang terbaru.

Komen