Cari @ Amanz

Chrome pada hari ini sedia menyertakan sokongan Cast yang memudahkan anda memainkankan kandungan video atau audio daripada peranti anda terus ke kaca televisyen atau pembesar suara. Namun, salah satu kekurangan padanya adalah dimana pengguna tidak boleh Cast sebarang kandungan yang sedia terdapat pada peranti mereka.

Chrome Cast Files

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna menikmati pelbagai kandungan daripada komputer atau telefon mereka terus ke peranti dengan sokongan Cast dengan mudah. Anda juga tidak memerlukan sebarang pemalam pihak ketiga untuk tujuan berkenaan memandangkan ia hadir terbina pada pelayar web Google Chrome.

Buat masa ini, ciri ini sedang diuji pada peringkat beta pada Chromium, dan mungkin akan dilihat pada Google Chrome versi stabil dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd