Softbank Akan Membina Ladang Kuasa Solar Terbesar Dunia Di Arab Saudi

Softbank Akan Membina Ladang Kuasa Solar Terbesar Dunia Di Arab Saudi

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Negara-negara Timur Tengah menjadi penyumbang kepada bahan api fosil sejak kurun ke-20. Penemuan minyak di negara seperti Arab Saudi menjadikan mereka antara negara terkaya harta duniawi di dunia. Tetapi dunia telah berubah dan mula cakna tentang impak bahan api fosil kepada alam sekitar. Akibatnya harga minyak jatuh mendadak. Masa depan dunia kini dilihat terletak pada sumber kuasa yang lestari.

Softbank telah mengumumkan perancangan membina ladang kuasa solar terbesar di dunia di Arab Saudi. Mereka akan membelanjakan $200 bilion (~RM 771 bilion) bagi membina ladang kuasa solar dengan output kuasa 200 Gigawatts menjelang 2030. Kawasan padang pasir yang selama ini tidak digunakan akan berubah menjadi sumber kuasa negara Arab ini. Apabila siap sepenuhnya kelak, penjanaan kuasa elektrik di Arab Saudi akan bergantung kepada sumber lestari. Projek ini bakal menghasilkan 100,000 pekerjaan dan penjimatan sehingga $40 bilion kepada kerajaan Arab Saudi.

Anjakan paradigma dalam penghasilan sumber kuasa sudahpun berlaku. China ialah negara dengan jumlah pengilang panel solar terbesar di dunia. Negara Eropah pula sudah lama merintis penggunaan sumber tenaga ombak, angin, solar dan derapan kaki pejalan kaki. Sementara itu di Malaysia kita masih mendambakan kereta dan petrol murah. Sama-sama kita fikirkan masa depan cucu cicit kita.


TIPS & ULASAN