Telefon Pintar Berjenama Palm Dilaporkan Akan Kembali Tahun Ini

Telefon Pintar Berjenama Palm Dilaporkan Akan Kembali Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Sudah berapa lamakah anda menggunakan telefon pintar? Bagi yang sudah agak berusia seperti penulis, telefon pintar yang terawal digunakan adalah Palm Pilot yang dihasilkan oleh Palm. Syarikat ini sudah tidak lagi wujud selepas diambil alih oleh HP pada tahun 2010. Hak penggunaan nama dan kesemua paten kemudian dijual kepada pihak TCL.

Bagi pengguna yang merindui peranti Palm, Android Police melaporkan peranti ini akan kembali ke pasaran tahun ini. Tetapi seperti Blackberry yang turut dihasilkan oleh TCL, telefon Palm generasi baru ini akan menggunakan sistem operasi Android sepenuhnya. Buat masa ini TCL dikatakan akan menjual Palm hanya menerusi syarikat telekomunikasi Verizon di Amerika Syarikat.

Kemunculan semula jenama dan peranti klasik sangat popular sekarang. Nokia bangkit dari debu dengan HMD Global dan melancarkan model baru Nokia 3310 dan Nokia 8110. Motorola juga dipercayai akan melancarkan RAZR versi baru. Tetapi adakah permintaan untuk telefon pintar Palm di dunia?


TIPS & ULASAN