Penyelaku LeanGP Membolehkan Tunggangan Dalam Realiti Maya Yang Lebih Realistik

Penyelaku LeanGP Membolehkan Tunggangan Dalam Realiti Maya Yang Lebih Realistik

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Terdapat banyak peranti realiti maya di pasaran.Ada yang mampu milik seperti yang dihasilkan oleh Xiaomi dan wujud juga yang premium seperti HTC Vive. Terdapat juga penyelaku dihasilkan bagi membolehkan dunia realiti maya diselami dengan lebih realistik namun tidak banyak dihasilkan untuk permainan motosikal.

LeanGP ialah penyelaku yang direka khas untuk tunggangan menggunakan peranti realiti maya. Kesemua kawalan asas motosikal seperti minyak pada pemegang, pedal brek dan minyak disertakan. Walaupun direka untuk peranti realiti maya, ia turut boleh digunakan sebagai pengawal permainan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Seperti motosikal sebenar, pengguna boleh mengawal dengan memusingkan pemegang motosikal atau merebahkan badan ke sisi. LeanGP sedang mengumpul dana secara biayasama di Kickstarter. Ia boleh dipesan pada harga bermula dari €899 (~RM 4284) sebuah,


TIPS & ULASAN