Nokia 5 Dan Nokia 6 Mula Menerima Kemaskini Android 8.1

Nokia 5 Dan Nokia 6 Mula Menerima Kemaskini Android 8.1

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Nokia kembali ke arena penghasilan telefon pintar tahun lalu selepas hak penggunaan nama diambil alih oleh HMD Global. Sejak dari hari pertama mereka menegaskan akan mementingkan kualiti Nokia yang terkenal serta sokongan sistem operasi Android yang baik. Setakat ini mereka tidak mengecewakan dan semalam Nokia 5 dan Nokia 6 mula menerima kemaskini Andrid 8.1.

Saiz muat turun ialah di antara 800-970 MB dan membawakan bersama kemaskini keselamatan untuk bulan Mac. Dengan Android 8.1 beberapa emoji baru juga disokong. Setakat ini hanya pengguna di Tunisia, Indonesia dan India sudah mula menerima kemaskini ini. Untuk memeriksa sama ada peranti anda sedia menerimanya, sila la tetapan Software Update pada peranti Nokia anda.


TIPS & ULASAN