Google Melancarkan Android P Versi Percubaan Pembangun Untuk Wear OS

Google Melancarkan Android P Versi Percubaan Pembangun Untuk Wear OS

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Lebih kurang 2 minggu lepas, Google menjenamakan semula Android Wear kepada Wear OS dan terdapat 33 jam tangan pintar yang akan menerima kemaskini ini.

Dengan pelancaran Android P versi percubaan pembangun pada awal bulan ini untuk telefon pintar, Google turut memperkenalkan Android P versi percubaan pembangun untuk jam tangan pintar.

Antara ciri baru adalah rekaan antaramuka yang sedikit berbeza, tema yang lebih gelap, WiFi akan dimatikan jika jam masih bersambung dengan telefon pintar, tiada aplikasi latar kecuali apabila dicaj dan mana-mana fungsi radio (WiFi/Bluetooth) akan dimatikan apabila jam tidak dipakai dalam jangka masa yang tertentu.

Jika ia mengikuti Android P untuk telefon pintar, Android P Wear OS mungkin akan dilancarkan sekitar Ogos 2018.


TIPS & ULASAN