Carian
Google Home Kini Boleh Disambungkan Dengan Mana-Mana Speaker Bluetooth
March 29, 2018 Fahim Zahar

Google Home adalah speaker pintar daripada Google. Ia dilancarkan sebagai pesaing kepada Amazon Echo tetapi  dengan sokongan pembantu maya Google Home Assistant terbina. Sebelum ini, kesemua model Google Home tidak boleh disambungkan dengan mana-mana peranti melalui Buetooth walaupun ia mempunyai fungsi itu. Walaubagaimanapun, kemaskini firmware terbaru kini membolehkan ia dilakukan

Untuk menggunakan fungsi ini pemilik hanya perlu melakukan beberapa tetapan di dalam aplikasi Google Home.

  1. Buka Aplikasi Google Home > tekan ikon pada hujung kanan
  2. Buka tetapan Google Home
  3. Pergi ke Paired Bluetooth devices
  4. Tekan Enable Pairing Mode dan sambungkan peranti anda dengan Google Home
  5. Selesai membuat penayambungan tadi, tetapkan pembesar suara utama untuk mainkan lagu, pergi ke Default music speaker 
  6. Tekan Pair Bluetooth speaker > pilih pembesar suara bluetooth anda tadi.

Setelah selesai membuat tetapan ini, muzik boleh dimainkan pada pembesar suara Bluetooth dikawal oleh Google Assistant melalui peranti Google Home.

Fungsi baru ini juga membenarkan pembesar suara pintar Google Home dan pembesar suara Bluetooth berfungsi sebagai multi-speaker dan memainkan muzik secara serentak untuk pengalaman audio yang lebih rancak. Ini sekaligus memintarkan pembesar suara Bluetooth seperti Chromecast Audio sebelum ini.

Komen