Cari @ Amanz

Pada minggu lalu, kami melaporkan bahawa Uber dilihat memberhentikan ujian kereta swapandu mereka oleh kerana sebuah kemalangan maut yang melibatkan sebuah kenderaan swapandu dan juga seorang pejalan kaki.

Terkini, NVIDIA juga dilihat mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan ujian teknologi swapandu mereka sendiri, NVIDIA Drive berdasarkan insiden kemalangan oleh Uber dan juga Tesla sebelum ini.

Menurut NVIDIA, terdapat 370 syarikat yang mempunyai minat didalam industri swapandu ini, dan keputusan NVIDIA untuk menghentikan ujian platform NVIDIA Drive mereka dilihat akan melambatkan lagi usaha syarikat tersebut untuk hadir di pasaran.

Akan tetapi, bagi NVIDIA ini adalah mungkin kerana mereka juga ingin melihat apakah masalah-masalah yang membelenggu teknologi Uber dan Tesla sebelum mereka meneruskan ujian teknologi swapandu tersebut.

Apa-apa pun, NVIDIA mengambil langkah selamat dengan menghentikan ujian-ujian ini untuk memastikan bahawa semua sistem mereka selamat digunakan walaupun hanya untuk ujian panduan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd