ASUS Memperkenalkan Paparan Skrin ASUS VG255H – Direka Khusus Untuk Digunakan Dengan Konsol Permainan

ASUS Memperkenalkan Paparan Skrin ASUS VG255H – Direka Khusus Untuk Digunakan Dengan Konsol Permainan

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Dengan kegilaan melombong kriptowang menggunakan kad grafik yang sepatutnya dijual pada harga mampu milik, boleh dikatakan bahawa ramai golongan gamer kini melihat untuk berhijrah kepada konsol permainan seperti Sony PlayStation 4 ataupun Xbox One untuk memenuhi kehendak permainan video mereka.

Terkini, ASUS dilihat memperkenalkan paparan skrin ASUS VG255H, iaitu sebuah paparan skrin bersaiz 24.5 inci, yang menggunakan panel TN dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel dan mempunyai kadar segar semula 75Hz dan kadar sela-masa 1ms.

Dalam pada itu, paparan VG255H ini juga hadir dengan teknologi grafik AMD FreeSync, oleh kerana konsol seperti Xbox One X dan Xbox One S hadir dengan sokongan tersebut. Dari segi input video, paparan ini juga dilengkapi dengan dua port HDMI 1.4a dan juga satu port VGA.

Dari segi ciri-ciri pula, paparan ini mempunyai enam tetapan gaming yang boleh diubahsuai melalui OSD (on-screen display), dan orientasi paparan tersebut boleh diubahsuai dengan mudah.

Buat masa ini, pihak ASUS masih belum mengumumkan lagi bilakah paparan skrin ASUS VG255H ini akan dilancarkan, mahupun harga jualannya.


TIPS & ULASAN